Friday, June 11, 2010

Peta Bandar Baru Bangi - Tempat2 Menarik dekat JM

Peta ini sebagai panduan ringkas untuk yang berkunjung ke Bangi. Terdapat beberapa tempat berhampiran JM Bariani House yang boleh dijadikan panduan kepada yang tidak pernah ke Bangi atau Bandar Baru Bangi sebelum ini.

Kepada yang menghantar anak2 ke UKM, atau di perlbagai universiti dan kolej di Bangi saperti German Malaysian Institute ( GMI ), Malaysian French Institute ( MFI ), Institut2 Latihan yang lain, peta ini boleh dijadikan panduan ringkas setelah masuk ke Bangi.

Juga kepada yang ke Hospital rawatan secara Islam, Hospital Az-Zahrah atau Hospital An-Nur, panduan ini berguna, memberi secara ringkas, tempat2 kemudahan penginapan, beribadat, menjamu selera dan beriadah.





Nasi Beriani Berlauk Ayam

Bangi terkenal dengan Nasi Beriani saperti di JM Bariani House. Jika berkunjung ke Bangi, silalah menjamu selera di sini. Beriani JM, resepi Johor sangat diminati di Lembah Kelang, di mana terdapat lebih 13 buah restoran franchise. Beriani resepi Johor asal dari pedagang Timur Tengah yang singgah di Singapura pada abad yang lepas, mendapat sambutan dari rakyat Johor dan rempah-ratus nya disesuaikan dengan citarasa setempat.




Peta 'Google Earth' bergambar
Dari Tol Bangi, jumpa bulatan, kiri ke Bandar Baru Bangi, kanan ke UKM.
Jika ke kiri, akan jumpa Komplek Warta (di kanan jalan)dan terus ke Mesjid Al-Hasanah yg berhampiran JM Bariani House. ( Sila Klik untuk peta lebih besar )





JM Bariani House, Lot10 & 11, Jalan PB2A, Sekyen 9, Bandar Baru Bangi


Restoran Melayu Berhawa dingin, moden, ceria dan berkerusi sofa. Restoran kesukaan keluarga kerana makanan yg lazat & pelbagai menu untuk kanak2. Keluarga yang membawa bayi tidak perlu risau kerana terdapat kerusi sofa yang bayi boleh dibaringkan di sisi dan juga kerusi kanak2 kecil.




Tasik yang luas dengan pemandangan menarik, Tasik Cempaka


Tasik Cempaka ialah tasik buatan dari sungai kecil, di jadikan tempat riadah warga Bangi. Terdapat kemudahan tandas, lorong larian, lorong basikal dan tempat mainan kanak2. Pemandangan nya indah dan terdapat burung2 penghijrahan saperti bangau yang sukakan air nya yang bersih dan ikan2 punca makanan di dalamnya.




Contoh Budget Hotel di Bangi


Terdapat beberapa buah hotel 'bajet' saperti ini yang menawarkan penginapan berharga RM50-RM100 untuk satu malam. Hotel2 di Bangi dijaga bersih, berhampiran tempat makan & hospital,sesuai untuk penginapan keluarga.




Komplek PKNS Bandar Baru Bangi

Di Komplek PKNS Bangi, terdapat Pasaraya Billion dan pelbagai jenis kedai2 untuk setiap keperluan.




Mesjid Al Hasanah

Mesjid AlHasanah , moden berkubah hijau, berhampiran dengan cawangan Bank2 utama, hospital2 rawatan secara Islam dan juga tempat penginapan. JM Bariani House Bangi terletak 150 meter dari simpang jalan berhampiran Mesjid Al Hasanah.




Hospital An Nur Bangi


Hospital Az Zahrah, Bangi


Hospital An Nur dan Hospital Azzahrah juga berhampiran JM beriani dan Mesjid Al-Hasanah. Kedua2 hospital swasta ini terkenal dengan rawatan secara Islam, untuk merawat pesakit2 atau untuk bersalin.




Hotel Equatorial
Hotel bertaraf antarabangsa ini terletak di atas bukit dan mempunyai padang golf yang popular di kawasan selatan Selangor ini.




Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Perbandaran Kajang berhampiran (membelakangi) Komplek Warta, juga laluan ke Tasik Cempaka atau Equitorial Hotel.




Komplek Warta

Di Komplek Warta terdapat Pasaraya Warta dan kedai2 pelbagai barangan, adalah salah satu tempat tumpuan membeli-belah. Terdapat Diamond Square di belakang Komplek Warta, juga menawarkan pelbagai jenis perniagaan.


Kami dari JM Bariani House mengalu2kan kedatangan anda berkunjung ke Bandar Baru Bangi dan di harap panduan peta ini boleh membantu kepada yang akan pertama kali ke Bangi.


Wassallam.




Senarai Kolej2 di Bangi:

German Malaysian Institute( GMi)
UniKL MFI : University Kuala Lumpur Malaysian French Institute
INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP)
Selangor International Islamic University College
Institut Perguruan Islam Bangi
Kolej Poly-Tech MARA Bangi
Pusat Latihan Bank Pertanian Malaysia
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL (UNITEN)
Institut Latihan L.L.N Bangi
KUALA LUMPUR INFRASTRUCTURE UNIVERSITY COLLEGE
PLUS EXPRESSWAY BERHAD TRAINING CENTRE
MALAYSIAN PALM OIL BOARD (MPOB) TRAINING CENTRE
KUMPULANG WANG SIMPANAN PEKERJA KWSP TRAINING CENTRE
AKADEMI CUKAI NEGARA
INSPEN :National Institute of Valuation
NIOSH : NATIONAL INSTITUTE OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH
AGRO BANK TRAINING CENTRE
BANK SIMPANAN NASIONAL TRAINING CENTRE
PUBLIC BANK TRAINING CENTRE
RHB BANK TRAINING CENTRE
CIMB BANK PUSATPUTRA TRAINING CENTRE
MAYBANK TRAINING CENTRE
PERMATA - PETRONAS TRAINING CENTRE